Pages

Thursday, December 20, 2012

CHINA MADE: MEE TARIK SUNGAI BESI.




Assalamualaikum,
Eurkkkk!!!! Alhamdulillah..
Kenyang harini cause Hj and his wife belanja makan MEE TARIK CINA MUSLIM, Mai dari CHINA okey.
Sebab dan alasan si pebelanja kami tak tahu. Yang kami tahu kami dapat Makan FREE..
So, yang pergi tengahari tadi adalah: 
Of course Hj and His wife, Amin Ramli, Kak Add a.k.a Kak Dhihah, Wawa ( Me ), Rabi a.k.a By, Aiza a.k.a Jah, Fitri a.k.a Abu dan Fizi a.k.a G. 
Ramai kan?

Kami bertolak dari OPIS pukul 11 coz dorang kata kalau lambat tak de parking( Tp Bnyak je Parking ) and para lelaki naik kete dengan Hj . So kami yang pari-pari sakura ni naik kereta wawa. 
Dalam 30- 45 minit dah sampai , ikut pada kelajuan anda memandu kalau laju cepat je sampai.
Restoran Mee tarik cina muslim ni terletak dekat deret-deretan bangunan baru dalam pekan sungai besi ( Ala, kat belakang pasaraya HARI-HARI tu).

Setibanya kami dalam kedai , Pari-pari sakura ni terpengun dengan kehebatan Mamat yang sedang mencanai, memutar lalu menggunakan jari telunjuknya merenggang-renggang doh menjadi jalur-jaluran  yang terhasilnya mee. Wahhh, Hebaq2!!! dan secara tiba-tiba mamat perenggang doh tu pun menunjukkan berulang-ulang kali kepada pari-pari sakura ni dengan gaya  I'M THE BEST ( sambil tersenyum sinis)

( nilah kedainya, besauuu) 

So, dipendekkan cerita pari-pari sakura yang suka berposing-posing ni mengeluarkan senjata rahsia a.k.a camera.. ching2!! ching!! ching!!

"belah sini kak ad"

" Haa, tangkap poster die kat add"

" Wahh, macam kat china" ( Ungkapan tak boleh bla dari aku)






( boleh tengok secara "live" mamat ni tarik mee)

dan lepas tu sementara kami terjakun-jakun, yang lain ambik order. n mestilah tanya pada yang biasa makan yang mana sedap yang mana tak sedap ye dak? 

" Yang mana sdap Haji?"

" Yang 102 ni "

" Ooo, boleh la. Saya pun nak yang ni 102." -wawa
" Saya pun" K add
" saya pun" Fitri
" saya juga" G
" saya pun" By

" Saya, wife hj dan Jah lain" Menu 111, 1.., & 11...( sampai kesudah den tak ingat nama menu tu)
" Air?"

" Bao-bao tea. oky?"
" Sedap ke?"
"sedap"
" kalau sedap semua sekali lah minum air ni ye." Masing-masing mengangguk setuju.

Masa menunggu mee tarik tu tak lah lama sangat, yang lambat sampai pun amin punya dish. coz lain kan. sementara menunggu, kami pun mengeodek-godek "bao bao tea " yang penuh dengan daun teh hijau, ada buah peach kering, laici kering, kiranya semua lah kering-kering.

dan kemudian proses mengambil gambar berhenti, kami pun menjamu selera... so enjoy picture-picture dari pari-pari sakura dibawah ni.  ENJOICE!!




( posing sebelum makanan sampai)



( G, tengah berangan kahwin dengan anak tokey kedai ni )














Ni lah makanan kami.

( menu 112)


mee tarik


( menu 111- amin)




( Bao-bao tea)




( lamb Toothpick) -SUPERB




(menu 11...- aizah)



( dah habis makan pun, pic tetap kami snap)











EXTRA: Adegan menggunakan chopstick.. dan juga makan


















( Tq Haji and Kak Jamiah)







Video cara-cara menarik mee












Sunday, December 16, 2012

Converte Video Music From YOUTUBE tO MP3 for Mac User





Okey, U guys.
Post haritu pasal macam mana nak download a.k.a ambik video from Youtube rite?
So today Saya nak ajar macam mana nak converte kan video tu menjadi mp3 supaya bleh masuk dalam kita punya mp3. 

Mesti ada yang tertanya-tanya , kenapa tak boleh converte guna Iskysoft tu je... and the answers is the things its FREE, kalau nak converte direct u can buy the product on9.. 

Kalau ditanya pada saya, selagi ada FREE selagi tu saya akan cuba searching...searching and searching...

So, kita teruskan tutorial ni.

1. we just need to DOWNLOAD Realplayer Conventer
    Link : http://realplayer-gold.en.softonic.com/mac




2. Lepas download. akan keluar macam ni.
click this icon , then keluar macam ni.

lepas keluar macam ni just browse tempat anda simpan video yang didownload dari youtube dalam macbook anda.




lepas anda browse akan kluar video clip yang ingin di converte macam kat atas ni then tekan START. After click START jadilah macam ni....



dan juga macam ni...


                                                

Akhirnya Mp3 telah tersedia untuk diputarkan didalam MP3 anda... LETS THE SKY FALLL..weee~~~




Saturday, December 15, 2012

Download Video Clip dari Youtube for Mac User ( Its Free )







Hello everyone...
Malam ni Saya nak ajar macam mana korang nak downlod music video atau movie atau apa-apa je dari laman YOUTUBE untuk pengguna Mac macam Saya. Hanya perlu beberapa langkah sahaja.

1- Anda perlulah pengguna Mac, Coz this tutorial untuk pengguna Mac kan...

Exactly like mine



2- Seacrhing on Google : Iskysoft ( Ambik yang free je)
    ni link dia :http://www.iskysoft.com/free-mac-video-downloader.html



3- Click Download Button and just install  la macam biasa . Lepas install akan keluar macam ni..








4- Kemudian click YOUTUBE... Pada mula version i sky soft ni boleh download dari pelbagai laman web seperti dailymotion,  youtube dan lelain..tapi disebabkan dia dah update so tinggalkan Youtube sahaja yang boleh didownload secara PERCUMA



Korang nampak icon DOWNLOAD belah kiri atas video dalam youtube ni. Click icon tu and then video akan ni download seperti pic dibawah ni.



 Then selesai we got the video music.... like this..

Ni cite aku, dia dan Tong sampah.. From Youtube

Ni lak video clip lagu Big Bang Im Not a Monster.... LAYANZZZ











Tuesday, December 11, 2012

Kucing menyusu dari botol susu.



Tak percaya?
Serius anda tak percaya?
HAHAHAHAH....
Saya pun, mula-mula tak percaya, siap menyoal lagi dengan menggunakan ayat ni.

Saya: Ade baby kat sini ke? ( Coz setahu den family ni anak semua dah besar)
Pemilik Kucing : Kucing ni Haa, minum guna botol susu. ( Dialek berbunyi irama jawa)
Saya : Ye? ( sambil mencengangkan biji mata)
Pemilik Kucing : Ye lerrrr... kalau tak caya. kamu nengok sendiri.


So, Saya yang terWOW tadi pun melihat dengan penuh keyakinan. Wahhh, tet...cubaan pertama tek berjaya.

Pemilik Kucing : Kenyang dah tu, mana maunye...

Saya mengangguk.: Aah la kot, tak pe-pe. cbe sekali lagi...


AND THEN.....

Saya: Wahhh,,, comelnye.... pandainye kucing ni.... MENYUSU GUNA BOTOL SUSU..
Pemilik Kucing : Kan dah cakap, lagipun susu ni memang dirumuskan untuk kucing. 
Saya sambil mengangguk.: OOO,,, Bagus-bagus...


So guys, pic ni dapat butikan yang kucing ni memang minum guna susu botol... and Plus One video...





                                     Erm....cedapnye susu...Lemak berkrim...


Video :






P/S: Sila abaikan suara yang kedengaran. Coz huduh bebenor den mendengar sore den bercakap.

Monday, December 10, 2012

Doa untuk bertemu jodoh...







Ertinya:


Dan janganlah engkau menujukan pandangan kedua matamu dengan keinginan kepada apa yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka yang kafir itu menikmatinya, yang merupakan keindahan kehidupan dunia ini, untuk Kami menguji mereka padanya sedang limpah kurnia Tuhanmu di akhirat lebih baik dan lebih kekal. (ayat 131).

Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa. (Ayat 132)









Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang- orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.